Sunday, April 27, 2008

DMC-L1 hasilkan kualiti fotografi



HASIL INOVATIF: Panasonic DMC-L1 menawarkan kepuasan maksimum kepada pengguna.WALAUPUN kamera SLR digital Panasonic DMC-L1 masih mengekalkan reka bentuk klasik yang mengingatkan pengguna kepada kamera analog, kamera digital ini menyediakan pelbagai ciri inovatif yang memberikan lebih keseronokan dalam bidang fotografi.DMC-L1 ini tersedia dengan ciri kawalan kelajuan shutter, selain menggunakan lensa Leica D Vario-Elmarit 14-50mm/F2.8-3.5. Memandangkan ia kamera digital, DMC-L1 juga menawarkan ciri Live View sepenuh masa melalui LCD beresolusi tinggi 2.5 inci untuk menjadikan kerja mengambil foto berbeza daripada kamera biasa digital.Live View dihasilkan melalui sensor Live MOS, yang dibangunkan menggunakan teknologi originalvMaicovicon Panasonic. Sensor Live MOS jenis 4/3 dengan 7.5 juta piksel menyediakan imej berkualiti tinggi CCD dan penggunaan kuasa rendah.DMC-L1 juga memanfaatkan tapisan Supersonic Wave yang bertindak sebagai sistem penyaringan debu. Ini tidak lagi membimbangkan pengguna kemungkinan debu memasuki lensa ketika membuat pertukaran lensa.Ia menggunakan getaran supersonic yang bertindak pantas membuang sebarang habuk terdapat pada lensa, sekali gus menjamin imej sentiasa terjamin.Walaupun menjadi kamera berkeupayaan tinggi, Venus Engine III menggunakan hanya 80 peratus kuasa dan ini mengurangkan penggunaan tenaga, selain memanjangkan jangka hayat bateri.DMC-L1 serasi dengan kad memori SD selain standard SD mass-storage berasaskan pada FAT32, termasuk kad memori SD berkapasiti tinggi lebih 2GB.Kamera digital ini yang dicipta untuk mewujudkan satu budaya fotografi baru dalam era digital dijangka berada di pasaran menjelang Oktober ini dijangka dijual dengan harga antara RM9,000 dan RM10,000.

No comments: